Bina mailing list anda sendiri

by admin on October 27, 2010

email listSalam sejahtera…  Seperti yang kita sedia maklum Mailing List atau senarai emel adalah antara senjata utama dalam pemasaran internet. Tanyalah mana-mana otai IM sekalipun, mereka pastinya memiliki mailing list tersendiri. Mailing list boleh dianggap senarai prospek yang bernilai kepada IM. Namun, usaha untuk mengumpul Mailing List tidaklah semudah yang disangka.

Sebelum itu, sila lihat senarai perkhidmatan untuk mengumpul mailing list yang biasa digunakan kini:

http://www.aweber.com/
http://www.getresponse.com/
http://www.trafficwave.net/
http://www.1shoppingcart.com/
http://www.icontact.com/

Apakah langkah yang perlu saya lakukan untuk mengumpul mailing list?

TAWARKAN MEREKA DENGAN INFO ATAU TIPS PERCUMA.
Untuk pengetahuan semua tiada sesiapa akan memberikan alamat emel mereka tanpa sebab yang munasabah. Tetapi jika anda menawarkan mereka sesuatu yang berinformasi, seperti newsletter, ezine, ebook, software, dan sebagainya mereka pastinya tidak teragak-agak untuk mendaftar emel mereka di dalam mailing list anda.

Menawarkan langganan samada untuk newsletter, ezin, ebook, software, dan sebagainya adalah cara yang paling sah untuk meningkatkan jumlah pelanggan di dalam mailing list anda(kaedah ini digunakan oleh kebanyakan website yang besar dan berjaya di internet.

Pada akhir-akhir ini, kita sudah tahu tujuan utama seseorang itu melayari internet. Tujuan asas mereka adalah untuk:
- BERKOMUNIKASI
- BELAJAR

Adakah anda juga seperti ini? Pastinya YA. Jadi, pastikan anda menawarkan maklumat yang berkualiti tinggi kepada mereka sebelum mereka mendaftar emel mereka.

JADIKAN FORM/BORANG UNTUK MEREKA MENDAFTAR EMEL RINGKAS.
Jangan terlalu taksub mahukan maklumat dari bakal pelanggan anda. Gunakan prinsip “Keep it Simple”. Letakkan form/borang langganan anda ditempat yang sesuai.

JAMINAN PRIVASI EMEL MEREKA.
Bila seseorang melayari internet, mereka biasanya ragu-ragu untuk memberikan alamat emel meraka kepada sesiapa pun. Hal ini disebabkan kerana mereka langsung tidak mengenali anda dan anda juga tidak mengenali mereka.

Salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan meletakkan notis privasi di dalam form anda tadi. Gunakan ayat-ayat seperti, “Privasi anda amat penting untuk kami” . Cara ini pastinya sedikit sebanyak dapat meningkatkan jumlah pelwat yang mendaftarkan emel mereka di dalam mailing list anda.

JANGAN TERLALU MEMAKSA.
Pada kebelakangan ini, banyak website yang bertindak agresif dalam teknik mereka dengan tujuan untuk mendapatkan alamat emel. Ada di antara mereka tidak membenarkan anda memasuki website tanpa memberikan alamat emel mereka. Sebagai akibatnya, kenbanyakan daripada mereka hanya akan berlalu pergi daripada laman web begitu sahaja. Oleh itu, pastikan anda menggunakan cara yang lebih lembut dan minta maklumat yang ringkas daripada mereka seperti Nama dan Emel sahaja.  Hal ini pastinya akan meningkatkan kredibiliti dan kerpercayaan terhadap anda seterusnya meningkatkan jumlah pelawat yang mendaftar emel mereka.

Lakukan perkara seperti di atas, dan anda akan dapat melihat perubahan pada jumlah pelanggan mailing list anda. Sekian…

P/S: Jangan pula spam emel bakal pelanggan anda ini dengan iklan yang banyak dan berterusan. Jadikan mereka seperti sahabat anda supaya peratus kepercayaan terhadap anda akan meningkat. Pada ketika itulah, anda boleh mula memperomosi produk anda atau sebagainya secara perlahan-lahan.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: