Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada post kali ini saya ingin membincangkan dengan permbaca sekalian tentang “keyword yang berharga”. Apa yang dimaksudkan dengan “keyword yang berharga”? Untuk pengetahuan semua jika anda betul-betul dalam bidang SEO anda pastinya sudah lali tentang keyword research atau carian keyword terutamanya Niche Marketer seperti saya ini. Ada yang sanggup menghadap lappy berjam-jam semata-mata untuk mencari keyword yang sesuai untuk dimonetizekan. Malah terdapat juga software dipasaran yang memudahkan kerja mencari keyword seperti, Micro Niche Finder, Market Samurai, dan sebagainya.
Kenapa berharganya keyword itu? Ok, disini saya ingin jelaskan bahawa, jika anda berjaya mencapai kedudukan 1 di Google untuk keyword yang mempunyai carian yang banyak di internet dan keyword tersebut adalah buying keyword, tidak lain dan tidak bukan yang anda akan dapat ialah $$$ yang berterusan. Kenapa???
Hal ini kerana, apabila berada pada kedudukan tersebut pastinya terdapat banyak traffik pasif dari carian Google akan menerjah ke blog atau laman web anda mencari maklumat yang diinginkan. Nah, disinilah kita boleh memanipulasi traffik tersebut seperti meletakkan iklan Adsense, Link affiliate, CPA Offers, dan sebagainya.
Kebanyakan Niche marketer mencari keyword yang berbentuk solving problem. Contohnya seperti reviews, how to, dan sebagainya. Teknik ini amatlah wajar untuk memastikan pulangan yang lumayan dari blog atau website yang dibina kelak.
Tahukah anda bahawa seseorang itu online biasanya mencari maklumat. Disinilah demand tersebut boleh dimanipulasi oleh setiap individu atau syarikat untuk mendapatkan traffik yang pasif dan berterusan. Malah terdapat banyak english keyword sudah dimanipulasi oleh syarikat-syarikat besar dari US dengan melaburkan berjuta-juta USD semata-mata untuk memastikan website mereka mendapatkan pengujung pasif yang banyak. Antara yang saya kenal pasti dan sangat sukar untuk diatasi ialah, “auto insurance” , “weight loss”, “wordpress themes” , dan banyak lagi.
Tidak hairanlah mengapa syarikat besar sanggup berbelanja berjuta dollar semata-mata untuk beberapa keyword sahaja kerana pasaran yang mereka target ialah pasaran dunia. Kerana www sendiri sudah bermaksud (world wide web).
Fakta-Fakta yang perlu anda ketahui:
- 67% pembeli online membelanjakan lebih banyak selepas mendapat cadangan dari komuniti online.
- 61% orang bergantung kepada review dari pengguna untuk meklumat tentang sesuatu produk sebelum membuat keputusan untuk membeli.
- Hampir 2/3 pengguna (61%) menggunakan enjin carian untuk membuat carian produk tertentu yang akhirnya membawa kepada pembelian.
Untuk kita adalah lebih baik untuk memanipulasi long-tail keyword sahaja. Hal ini kerana big keyword sekarang terlalu sukar untuk ditackle jika anda tidak mempunyai langsung pengetahuan mengenai SEO dan $$$$$$ untuk dibelanjakan.
Apapun, di Malaysia SEO masih tidak popular. Kebanyakannya masih menggunakan medium seperti forum dan web iklan untuk mempromosi web atau produk mereka itu sendiri. Ada beberapa keyword sahaja yang dapat saya kenal pasti berada dalam term “Difficult” berdasarkan software Traffic Travis. Salah satu daripadanya ialah “Perniagaan Internet”. Lihat sahaja hasil carian di halaman pertama Google untuk keyword ini. Semuanya dimanipulasi oleh otai-otai internet Malaysia termasuk Irfan Khairi sendiri.
Kesimpulannya, carian keyword berharga itu amat penting bagi memastikan anda mendapatkan traffik pasif yang berterusan dan seterusnya dapat menghasilkan $$$ yang banyak.
Sampai disini sahaja post pada kali ini, semoga anda beroleh sesuatu dari ilmu sedikit yang saya kongsi ini.
P/S: Saya bercadang hendak buka servis guaranteed Top 5 di Google Malaysia untuk keyword BM sahaja. Nantikan kemunculannya bila saya betul-betul bersedia melakukan servis ini kepada umum.
{ 1 comment… read it below or add one }
Kalau dulu targeted keyword boleh guna satu perkataan tapi hari ini dah meningkat dua-tiga perkataan. Salah satu keyword yang difficult ialah buat duit. Tuan Faisal terima kasih atas perkongsian diatas.