Pada post kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit teknik on page seo yang saya apply pada hampir kesemua niche site saya agar dapat rank yang tinggi di Google. Seperti yang kita tahu, on page seo menjadi salah satu faktor penting selain off page seo kepada website kita untuk ditempatkan oleh enjin carian Google pada kedudukan yang tinggi hasil carian. Semakin baik on page seo kita, semakin tinggi peluang kita untuk mencapai kedudukan tertinggi hasil carian Google untuk keyword-keyword tertentu.
Melalui beberapa carian yang saya lakukan sebelum ini ada sesetengah yang mengatakan Google mengambil kira on page seo sebanyak 20% dari semua faktor seo untuk memperngaruhi kedudukan sesuatu website atau blog itu. Malah ada juga yang mengatakan sebanyak 50%. Namun, walau apapun dari sini kita sudah mendapat gambaran bahawa on page seo adalah major player untuk memastikan kita berada pada kedudukan tertinggi di Google.
Berikut adalah part-part utama yang perlu diambil kira dalam on page seo:
1) Exact Match Domain
Seperti yang kita sedia maklum sejak dari dulu lagi EMD adalah sangat penting. Oleh sebab itulah kenapa hampir semua keyword penting yang boleh kita fikirkan untuk mencara domain yang sesuai telah dibeli oelh domainer mahupun webmaster yang lain. Malah EMD ini bukan sahaja penting untuk seo tetapi sebagai kuasa dan brand sesuatu company itu sendriri. Namun, saya telah membaca beberapa artikel dan forum post sejak kebelakangan ini bahawa EMD sudah tidak lagi memberi banyak impak tentang faktor untuk mencapai kedudukan tinggi di Google. Walau apapun, ianya masih lagi menjadi salah satu senjata on page seo yang masih digunakan oleh ramai Internet Marketer di dunia ini termasuklah diri saya sendiri.
2) Keyword Density
Artikel yang anda tulis mestilah mengandungi banyak targeted keyword.
3) H1, H2, dan H3 tags
Pastikan anda memaksimumkan penggunaan H1, H2, H3 tags pada setiap artikel yang ditulis. Lebih baik jika pada setiap H tags ini mengandungi keyword anda
4) Bold, Italic, dan Underline
Gunakan juga teknik ini pada beberapa keyword anda yang terdapat di dalam artikel
5) Gambar dan alt tags
Letakkan gambar di dalam setiap post atau artikel anda dan alt kan gambar tersebut dengan targeted keyword anda.
6) Video
Oleh kerana baru-baru ini Google menekankan tentang user experience untuk memastikan kedudukan di hasil carian, jadi video dilihat menjadi salah satu faktor penting dalam on page seo. Anda hanya perlu buat video tetapi jangan terlalu pendek, kemudian upload di Youtube. Seterusnya embedkan video itu di dalam artikel atau post blog anda. Saya telah melihat satu study case dari IM luar negara menggunakan teknik ini dan memperoleh banyak perubahan positif kedudukan di hasil carian Google selepas meletakkan video.
7) Link kepada Authority site
Letakkan link ke authority site di blog anda. Contohnya Wikipedia dan sebagainya.
P/S: Untuk membantu anda dalam proses on page seo ini, saya sarankan anda menggunakan best selling plugin untuk wordpress iaitu:
Easy WP SEO
Selamat mencuba!