Datuk Lee Chong Wei – Siapakah beliau?

by admin on January 15, 2012

gambar lee chong wei

 

Lee Chong Wei merupakan atlet badminton paling berjaya yang pernah Malaysia lahirkan. Malah setakat ini juga beliau merupakan pemegang rekod super series terbanyak untuk kategori perseorangan lelaki mengatasi pemain pemain ternama lain termasuklah Lin Dan. Berikut merupakan serba sedikit biodata beliau:

Nama : Lee Chong Wei
Tarikh Lahir : 21 Oktober 1982
Tempat Lahir : Pulau Pinang, Malaysia
Tinggi : 1.74 m
Berat : 60 kg

Jumlah kejohanan Super Series yang dimenangi setakat ini : 25
Ranking semasa Super Series : 1
Ranking Semasa Dunia : 1

Beliau memulakan tahun 2012 dengan langkah kanan apabila memenangi 2 kejohanan Super Series pertama dalam kalendar BWF. Kejohanan yang dimaksudkan ialah Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia. Beliau yang diletakkan sebagai prospek yang bakal meraih pingat emas di olimpik London tahun 2012 dilihat bakal berdepan saingan daripada beberapa individu termasuklah Lin dan dan Cheng Long. Kedua-dua atlet Cina itu dilihat sebagai pesaing terdekat Lee Chong Wei buat masa kini.

Semoga Lee Chong Wei terus berjaya pada masa-masa akan datang. Saksikan video yang menunjukkan beberapa kehebatan Lee Chong Wei dalam gelanggang.

 

P/S: Saya akan cuba updata meklumat tentang Lee Chong Wei dari masa ke semasa di post ini. Thanks!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: